Najib PM keenam

Oleh Ahmad Naim Tahir dan Norfatimah Ahmad
bhnews@bharian.com.my

Pak Lah menghadap Tuanku Mizan serah surat letak jawatan

KUALA LUMPUR: Proses peralihan kuasa kepemimpinan negara bermula semalam apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri keenam.

Abdullah dilihat memasuki pekarangan Istana Negara di sini, kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana bernombor WCH 13 dan keluar kira-kira sejam selepas itu sambil tersenyum dan melambai kepada wakil media yang menunggu di luar istana.

Najib, 55, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti itu minggu lalu, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong setengah jam selepas itu.

Timbalan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 11.25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit dengan menaiki Proton Perdana bernombor pendaftaran WRP 11.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan Sultan Mizan memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi ini.

Mohd Sidek berkata, istiadat bersejarah itu akan berlangsung seperti dijadualkan dan semua persiapan sudah diatur untuk memastikan upacara berkenaan berjalan lancar.

"Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan menandatangani surat menyimpan rahsia kerajaan sepanjang tempoh menduduki kerusi tertinggi kerajaan," katanya.

Mohd Sidek berkata, orang kenamaan tempatan dan wakil negara asing turut dijemput untuk menyaksikan istiadat itu, yang dijangka selesai sebelum tengah hari.

Majlis penyerahan nota serah tugas Perdana Menteri oleh Abdullah kepada Najib pula dijadual berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada jam 4 petang.

Pelantikan Najib mengulangi sejarah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan dari 1970 hingga meninggal dunia pada 14 Januari 1976.

Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004 ketika menjadi Naib Presiden Umno paling kanan.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan (1995-1999) serta dua kali sebagai Menteri Pertahanan pada Oktober 1990 hingga April 1995 dan dari Disember 1999 sebelum berpindah ke Kementerian Kewangan pada 17 September 2008.

Sumber: Berita Harian

Daripada penceramah kekok kepada pemidato hebat

KUALA LUMPUR 2 April - Datuk Idris Shaari Mat Aris masih tidak dapat melupakan sehingga hari ini betapa gelinya hati beliau apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pertamanya sebagai anggota Parlimen Pekan pada 1976.

Bekas pengawal peribadi kepada bapa Najib dan perdana menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein itu berkata, "kedengaran amat kekok" apabila Najib berucap pada majlis persatuan ibu bapa dan guru di sebuah sekolah di Kampung Almarhum di Pekan, Pahang.

"Saya hanya sanggup mendengar beliau berucap beberapa ayat dalam bahasa Melayu sebelum menyorok dalam kereta bersama-sama pemandu kerana bunyi sebutan beliau amat kekok," kata Idris Shaari, 66, yang jelas lucu dengan kejadian itu, kepada Bernama dalam temubual eksklusif di rumahnya di Jalan Eaton di sini, baru-baru ini.

"Beliau (Najib) hanya kembali dari England kira-kira setahun lebih sebelum itu dan tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik," katanya.

Namun, Idris Shaari kini amat bangga dengan Najib yang kemudiannya telah berusaha keras untuk memperbaiki kemahirannya berucap dan mampu bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Idris Shaari yang telah bersama-sama Najib sejak permulaan kerjaya politiknya berkata, Najib dihantar melanjutkan pelajaran ke Malvern Boys' College di Worcestershire, England, pada usia 12 tahun, yang menjelaskan kenapa beliau kurang fasih berbahasa Melayu ketika itu.

Katanya, Najib hanya dibenarkan pulang ke tanah air setahun sekali dan apabila beliau kembali ke tanah air untuk selamanya selepas memegang segulung ijazah kepujian Ekonomi Industri dari University of Nottingham, England, ialah pada 1974 dan ketika itu beliau berumur 21 tahun.

"Tetapi beliau berazam untuk memperbaiki sebarang kekurangan itu. Beliau mendapatkan bantuan profesor bahasa yang mengajarnya secara peribadi di rumahnya dan beliau belajar sehingga menjadi sebaik pada hari ini. Dan dalam usahanya untuk lebih dekat dengan penduduk di kawasannya dan memahami cara mereka, Najib juga belajar menulis dan membaca dalam Jawi," katanya.

Idris Shaari yang sebelum itu berkhidmat dalam pasukan polis bersara pada 1976 berikutan kematian Tun Razak, dan dilantik sebagai setiausaha sulit kepada ibu Najib, Tun Rahah Mohd Noah.

Beliau hanya berumur 22 tahun apabila diambil bekerja oleh Tun Razak pada 1965 dan telah bersama-sama keluarga itu selama 44 tahun. - Bernama

Idris Shaari menyifatkan Najib sebagai seorang kanak-kanak yang beradab sopan dan rajin belajar serta mempunyai hubungan yang rapat dengan empat adik lelakinya — Ahmad Johari, 54, Mohamad Nizam, 51, Mohamad Nazim, 47, dan Mohamad Nazir, 42.

"Sepanjang saya bersama-sama mereka, saya tidak pernah dengar yang mereka saling menyinggung perasaan atau memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Adik-adiknya begitu menghormati Najib, bukan kerana beliau seorang menteri atau bakal menjadi perdana menteri akan datang, tetapi kerana beliau ialah abang sulung mereka," katanya.

Beliau berkata, hubungan antara adik beradik itu amat rapat sehingga mereka menjadikan amalan untuk berkumpul di rumah ibu mereka pada setiap Khamis untuk makan malam.

"Walaupun mereka amat menghormati ibu mereka, anda dapat lihat yang mereka bebas bergurau senda dengannya," katanya.

Ketika ditanya sama ada Tun Razak pernah membimbing Najib untuk mengambil alih tempatnya atau membabitkan diri dalam politik, Idris Shaari menafikannya dan berkata: "Tun (Razak) tidak pernah menggalakkan mana-mana anaknya untuk menceburi politik.

"Bagaimanapun, setahun sebelum Tun meninggal dunia, semasa Najib berada di Malaysia kerana bercuti, beliau (Tun Razak) telah meminta saya membawa Najib pergi melawat ke kampung-kampung di Pahang," katanya.

Katanya, mungkin ketika itu Tun Razak sudah tahu yang beliau tidak akan hidup lama dan mahu Najib mewarisi legasinya. Tun Razak meninggal dunia di London pada 14 Jan 1976 akibat penyakit leukemia.

Mengenai pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam esok, Idris Shaari berkata beliau berharap Najib akan memilih pasukannya daripada yang paling setia di kalangan penyokongnya kerana pasukan yang utuh diperlukan untuk menerajui negara dalam mengharungi kegawatan ekonomi sekarang dan mengukuhkan lagi hubungan antara kaun.

"Saya juga berharap beliau akan memantau mereka yang bekerja untuk beliau bagi memastikan yang mereka bekerja untuk membantu beliau membangunkan negara dan bukan untuk mencapai agenda peribadi mereka," katanya.

— BERNAMA

Najib Tun Razak-Calon Perdana Menteri Malaysia Keturunan Bugis

Kuala Lumpur – Tak lama lagi, wakil Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak akan menjadi perdana menteri yang keenam. Kemarin, PM Abdullah Ahmad Badawi menyatakan dirinya tidak akan mencalonkan diri lagi sebagai Presiden UMNO, dan kedudukan itu akan diserahkan kepada Najib. Jika benar, Najib akan mengikuti jejak ayahnya mantan perdana menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak dan pamannya, Tun Hussein Onn, perdana menteri ketiga.

Pria kelahiran 23 Juli 1953 tersebut dikenal memiliki intelektual tajam dan tegas. Dia telah diperkirakan akan mengambil alih kekuasaan, walau lebih cepat dari dugaan setelah kekalahan koalisi yang berkuasa pada pemilihan Maret 2008 lalu. PM Abdullah telah mengumumkan akan melimpahkan kekuasaan kepada Najib pada Maret 2009 mendatang, meski wakilnya tersebut berkali-kali dikaitkan dengan kasus korupsi bahkan pembunuhan.

“Dia berpengalaman, menghadapi tantangan. Dia politisi yang terarah, terampil dan kerap diekspos,” kata Mohamad Mustafa Ishak, pengamat politik Universitas Utara Malaysia. “Rakyat menaruh harapan tinggi bagi Najib,” katanya.

Sarjana ekonomi lulusan Universitas Nottingham, Inggris tersebut ternyata juga memiliki darah Bugis. Pria kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu memiliki silsilah keturunan dengan Raja Gowa XX. Beberapa tahun lalu, dalam kunjungannya ke Sulawesi, dia diberi anugerah kebudayaan dan sebagai warga kehormatan Gowa dengan gelar Dato Sri Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak Imappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Jalil Raja Gowa XX.

Najib juga mendapat anugerah Doktor Honoris Causa bidang ekonomi politik oleh Senat Universitas Hassanudin, September 2007 lalu.

Sejak Muda
Najib memasuki dunia politik sejak ayahnya meninggal dunia tahun 1976. Lima minggu kemudian, Najib terpilih sebagai anggota parlemen di usianya yang ke-22. Dia merupakan politisi termuda kala itu.

Meski telah masuk dalam kabinet sejak tahun 1970-an, terobosannya yang terkenal dilakukan tahun 1991 saat Najib menjabat sebagai Menteri Pertahanan. Dia memodernisasi angkatan bersenjata dengan peralatan militer canggih. Saat Abdullah menjadi perdana menteri tahun 2003, dia menjadikan Najib sebagai wakil perdana menteri, sekaligus disiapkan untuk menggantikannya.
Status Najib dalam koalisi berkuasa tetap kuat, meski beberapa skandal menodai citranya.

Rekan dekatnya, Abdul Razak Baginda, ditangkap dan dituduh terlibat dalam pembunuhan seorang model asal Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tahun 2006. Dua polisi menjadi tersangka membunuh Altantuya dan meledakkan jenazahnya. Pihak oposisi menuduh Najib terlibat. Hal ini berulang kali dibantahnya. Pihak oposisi juga menuduh bapak tiga putra dan dua putri dari pernikahan keduanya dengan Datin Seri Rosmah Mansor itu terkait kasus korupsi saat membeli kapal selam Prancis dan pesawat jet Rusia.

Dalam jajak pendapat terakhir atas 1.000 responden yang diwawancarai via telepon, hanya 40 persen orang yang percaya bahwa Najib akan menjadi perdana menteri yang baik. Sementara 44 persen lainnya tidak setuju dan sisanya tidak memutuskan. Penyelenggara jajak pendapat, Merdeka Center menyatakan margin kesalahan sebesar tiga persen.

Kekalahan pemerintah parlemen dalam pemilihan Maret lalu merupakan katalis bagi Najib untuk mencapai jabatan tertinggi di Malaysia tersebut. Abdullah (68) menghadapi tekanan berbulan-bulan untuk menyerahkan kekuasaan di tengah masalah ekonomi dan oposisi pimpinan mantan wakil PM Anwar Ibrahim. Najib dipandang lebih tegas ketimbang Abdullah.

“Bagi Anwar, ini bukan tanda yang bagus,” kata pengamat, Mohamad Mustafa. “Anwar tahu Najib orang yang kuat.”

Banyak kalangan percaya, Najib memang ditakdirkan menjadi perdana menteri. Beberapa tahun lalu, warga Malaysia menyebut nama seluruh perdana menteri dimulai dengan huruf-huruf sesuai nama perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. R untuk Rahman, A untuk Abdul Razak, H untuk Hussein Onn, M untuk Mahathir Mohammad, dan A untuk Abdullah Ahmad Badawi. Tampaknya Najib akan mengisi huruf “N” tersebut.

Sumber: Sinar Harapan

Dato’ Sri Mohd Najib Keturunan Bugis

Oleh : Ismail S. Wekke

KabarIndonesia - Berikut ini adalah gambaran tentang karir politik dan pendidikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Dr. (HC) Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Tiga hari sebelum Ramadhan tahun lalu, tepatnya 10 September 2007, Senat Universitas Hasanauddin, dalam pelaksanaan Dies Natalis ke-51, membrikan anugerah Doktor Honoris Causa kepada Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam bidang ekonomi politik.

Anugerah tersebut diberikan bukan karena kemasyhuran bapaknya yang merupakan Perdana Menteri Malaysia, melainkan telah dipandang dari integritas dan kemampuan yang dimilikinya.

Selain itu juga ada ikatan emosional yang memperat hubungan Dato’ Sri dengan masyarakat Bugis-Makassar, yaitu adanya silsilah keturunan Dato’ Sri dengan Raja Gowa XX.

Pun pada kunjungan pertamanya beberapa tahun lalu ke tanah Bugis, beliau sekaligus diberi anugerah kebudayaan sebagai warga kehormatan Gowa dengan gelar Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak Imappadulung Dg Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abd Jalil Raja Gowa XX.

Adapun anugerah Doktor Honoris Causa juga pernah diraihnya dari Multimedia University Malaysia pada Konvokesyen ketujuh. Mohd. Najib bergelar Dato’ Sri karena beliau memiliki hubungan darah Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang. Gelar ini diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri Pahang.

Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Juli 1953. Saat ini menjabat sebagai Timbalan Perdana Mentri (TPM---Timbalan berarti wakil, red) Malaysia yang kesembilan. Dia dilantik sebagai TPM sejak tanggal 7 Januari 2004. Dari istri kedua, Datin Seri Rosmah Mansor, beliau memiliki tiga putra dan dua putri.

Dato’ Sri merupakan anak tertua Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua. Ayahnya meninggal karena serangan jantung di London pada 14 Januari 1976.

Dato' Sri, yang ketika itu masih berusia 23 tahun, langsung terpilih menduduki jabatan Dewan Rakyat sebagai utusan Pekan, Pahang karena kekosongan yang ditinggalkan ayahandanya.
Dia mengisi kekosongan tersebut dengan kemenangan aklamasi tanpa melalui pemilihan umum.

Ketika itu, dia langsung menjadi anggota parlemen termuda. Sejak itulah dia mulai terjun di arena politik dengan mencatat banyak rekor dengan usia yang masih muda telah mengisi berbagai posisi yang strategis.

Pada tahun 1978, misalnya, dalam usia 25 tahun, dia dilantik menduduki jabatan Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Pada pelantikan ini, rekor sebagai timbalan menteri termuda kembali dipegangnya.

Pada tahun 1982 sampai tahun 1986, Dato’ Sri menjabat sebagai Menteri Besar Pahang. Dalam umur 29 tahun, sekali lagi dia menjabat menteri besar yang termuda. Mentri besar merupakan jabatan eksekutif tertinggi di setiap negeri, semacam provinsi kalau di Indonesia.

Selangkapnya jabatan dalam kabinet yang pernah disandangnya adalah sebagai berikut:

1978 – 1980: Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980 – 1981: Timbalan Menteri Pendidikan
1981 – 1982: Timbalan Menteri Kewangan
1982 – 1986: Menteri Besar Pahang
1986 – 1988: Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1988 – 1990: Menteri Belia dan Sukan
1990 – 1995: Menteri Pertahanan
1995 – 1999: Menteri Pendidikan
1999 – kini : Menteri Pertahanan

Dato’ Sri juga pernah dilantik untuk menduduki jabatan Lembaga Lembaga Kemajuan Peternakan (Majuternak). Dalam partai politik UMNO, saat ini menjabat sebagai Naib Presiden UMNO. Pertama kali dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO tahun 1976.

Tahun 1981 terpilih sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian pada tahun 1982 memenangi kursi Naib Ketua Pemuda UMNO secara aklamasi setelah Mokhtar Hashim Datuk Mokhtar Hashim meninggalkan posisi tersebut.

Selanjutnya, tahun 1987, dia menjabat sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Tahun 1988, ketika jabatan ketua dikosongkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka dia menduduki Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Karir di UMNO terus maju dengan menduduki jabatan Naib Presiden UMNO di tahun 1993 setelah ditinggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO. Jabatan sebagai Naib Presiden UMNO terus dipertahankan sampai sekarang dalam beberapa kali pemilihan di tahun 1993 dan 1996. Pemilihan terakhir dilaksanakan pada tahun 2000.

Dalam bidang pendidikan, Dato' Sri menyelesaikan sekolah dasar di St John Institution, Kuala Lumpur. Kemudian untuk sekolah menengah diselesaikan di St John Institution, Kuala Lumpur dan Malven Boy's College, Worchestershire, Inggris. Sedangkan pendidikan S1-nya diraihnya di University of Nottingham, Inggris.

Sumber: kabarindonesia.com

Raja-Raja di Malaysia Berdarah Bugis

Makassar (ANTARA News) - Dari sembilan raja yang memerintah di Malaysia, ternyata pada umumnya merupakan keturunan Raja Bugis dari Kerajaaan Luwu, Sulawesi Selatan.

Hal itu terungkap pada Seminar Penelusuran Kerabat Raja Bugis, Sulsel dengan raja-raja Johor-Riau-Selangor, Malaysia di Makassar, Rabu.

"Berdasarkan hasil penelusuran silsilah keturunan dan tinjauan arkeologi diketahui, 14 provinsi di Malaysia, sembilan diantaranya diperintah oleh raja yang bergelar datuk (dato`) atau sultan, sedang empat provinsi lainnya diperintah gubernur yang bukan raja," kata Prof Emeritus Dato` Dr Moh Yusoff bin Haji Hasyim, President Kolej Teknologi Islam Antarbangsa Melaka.

Menurut dia, dari segi silsilah, kesembilan raja yang memiliki hak otoritas dalam mengatur pemerintahannya itu, berasal dari komunitas Melayu-Bugis, Melayu-Johor dan Melayu-Minangkabau.

Sebagai contoh, lanjutnya, pemangku Kerajaan Selangor saat ini adalah turunan dari Kerjaan Luwu, Sulsel.

Merujuk Lontar versi Luwu` di museum Batara Guru di Palopo dan kitab Negarakerjagama, menyebutkan tradisi `raja-raja Luwu` ada sejak abad ke-9 masehi dan seluruh masa pemerintahan kerajaan Luwu terdapat 38 raja.

Raja yang ke-26 dan ke-28 adalah Wetenrileleang berputrakan La Maddusila Karaeng Tanete, yang kemudian berputrikan Opu Wetenriborong Daeng Rilekke` yang kemudian bersuamikan Opu Daeng Kemboja.

"Dari hasil perkawinannya itu lahir lima orang putra, masing-masing Opu Daeng Parani, Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Cella`, Opu Daeng Manambong dan Opu Daeng Kamase," paparnya sembari menambahkan, putra-putra inilah yang kemudian merantau ke Selangor dan menjadi cikal bakal keturunan raja-raja di Malaysia hingga saat ini.

Lebih jauh dijelaskan, dengan penelusuran sejarah dan silsilah keluarga itu, diharapkan dapat lebih mendekatakan hubungan antara kedua rumpun Melayu yakni Melayu Selangor dan Bugis.

Menurut Moh Jusoff, dari segi kedekatan emosional, silsilah dan genesitas komunitas di Malaysia dan Indonesia tidak bisa dipisahkan. Hanya saja, belum bisa merambah ke persoalan politik karena ranah politik Malaysia berbeda dengan politik Indonesia termasuk mengenai tata pemerintahan dan kemasyarakatannya.

Sementara itu, Andi Ima Kesuma,M.Hum, pakar kebudayaan dari Universitas Hasanuddin (Unhas) yang juga Kepala Museum Kota Makassar mengatakan, kekerabatan keturunan raja-raja di Malaysia dan raja-raja Bugis di Sulsel tertuang dalam Sure` Lagaligo maupun dalam literatur klasik lainnya.

"Hanya saja, gelaran yang dipakai di tanah Bugis tidak lagi digunakan di lokasi perantauan (Malaysia) karena sudah berasimilasi dengan situasi dan kondisi di lokasi yang baru," katanya.

Gelar Opu dang Karaeng yang lazim digunakan bagi keturunan raja rai Luwu dan Makassar tidak lagi dipakai di Malaysia melainkan sudah bergelar tengku, sultan atau dato`.

Sumber: ANTARA