Memaparkan catatan dengan label Masyarakat Bugis Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masyarakat Bugis Sabah. Papar semua catatan

Bugis Sabah Diiktiraf

 
SIRI ETNIK SABAH : BUKU TERBARU BUGIS SABAH

DI SABAH, masyarakat Bugis masih tidak diiktiraf sebagai Bumiputera, atau lebih tepat Bumiputera Islam Sabah. Jika di Semenanjung Malaysia, sama ada orang Bugis, Jawa, Banjar, Arab dan seumpamanya semuanya dikategori sebagai Melayu. Dan mereka dikategorikan juga sebagai Bumiputera.

YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, adalah keturunan Bugis dari Wilayah Goa, Sulawesi Selatan. Apakah bezanya dengan keturunan Bugis dari Wilayah Goa juga yang kini sudah bermastautin beratus tahun di Sabah, tetapi masih tidak diiktiraf sebagai Bumiputera Sabah? Jika Kerajaan Negeri tidak hendak mengiktiraf masyarakat Bugis Sabah sebagai Bumiputera Sabah, apakah bermakna mereka juga mempersoalkan keturunan Bugis Perdana Menteri kita?

Salasilah Daeng Saring @ Daeng Saieng Di Sipitang, Sabah

Salam, berikut ini saya petik dari laman blog http://daengsaring.blogspot.com/ berkenaan Salasilah Daeng Saring @ Daeng Saieng Di Sipitang, Sabah.

Pengenalan

Daeng Saring @ Daeng Saieng adalah salah seorang yang dipercayai berasal daripada keturunan Kerajaan Riau yang telah memasuki kepulauan Borneo melalui Brunei dan dipercayai keturunan beliau kini berada di sekitar Brunei, Sarawak, Sabah dan W.P.Labuan. Sehubungan dengan itu, maka terhasilnya Blog ini bagi bertujuan untuk menjejaki Salasilah Keluarga Daeng Saring @ Saieng yang berada di sekitar Borneo dan berkemungkinan juga telah berada di Semenanjung Malaysia, Indonesia, Filipina dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Masyarakat Melayu Bugis Diminta Lipat Ganda Usaha Jayakan 1Malaysia


TAWAU, 5 Okt (Bernama) -- Masyarakat Melayu keturunan Bugis di Sabah diminta melipat gandakan usaha termasuk sumbangan pemikiran bagi membantu negara merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Presiden Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) Datuk Osman Jamal berkata sebagai rakyat negara ini masyarakat berkenaan tidak terkecuali daripada tanggungjawab membangunkan negara.


Katanya masyarakat Bugis tidak harus taksub kepada semangat kesukuan sebaliknya perlu berganding bahu bersama suku kaum lain membangunkan negara selaras dengan wawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Dalam usaha untuk membantu kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju masyarakat Melayu keturunan Bugis harus melengkapkan diri dengan pendidikan, agama dan ekonomi," katanya pada majlis Ramah-Tamah sempena Sambutan Aidilfitri cawangan Tawau di sini malam Isnin.


Menurutnya penguasaan pendidikan kepada generasi muda mesti diberi penekanan bagi memastikan kaum berkenaan tidak ketinggalan sebaliknya mampu bergerak ke hadapan bersama program transformasi yang diperkenalkan kerajaan.


Mengenai usaha membangunkan ekonomi masyarakat Bugis, Osman berkata PKBS akan

Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah

Penulis buku ini mengikut sumber yang diperolehi, telah menghasilkan 2 buah buku. Antaranya:
Kehidupan beragama masyarakat Kadazandusun by Suraya Sintang.
Penerbit UMS, 2007.

Sejarah dan budaya Bugis di Tawau, Sabah by Suraya Sintang.
Penerbit USM dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS), 2007
(berikut adalah sinopsis buku tersebut yang diperolehi daripada blog PKBS)


Sebuah hasil penulisan padaidi yang cukup bermakna. Hasil penulian oleh Puan Suraya Sintang , BA (UIAM) dan MA (UKM) dalam bidang Tamadun dan Perbandingan Agama dan kini merupakan pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.

Buku ' Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau,Sabah' memaparkan tujuh rencana yang berkisar mengenai sosiobudaya Bugis, sejarah awal komuniti Bugis di Tawau, punca penghijrahan, adat resam, nilai siri', dan kepercayaan pra-Islam serta kepercayaan roh nenek moyang. Buku ini bertujuan mengisi kekosongan maklumat terhadap kajian komuniti Bugis Sabah yang sebahagian besarnya mendenominasi beberapa daerah kawasan pantai timur Sabah, seperti Tawau, Sandakan, Kunak, Lahad Datu. Buku ini sememangnya memenuhi citarasa dan kehendak pembacayang menantikan bahan penulisan dan bacaan yang membolehkan pembaca mengenali dan memahami sejarah dan budaya orang Bugis. Adalah wajar sekiranya buku ini menjadi sebahagian daripada koleksi rujukan pembaca yang berminat mengkaji budaya etnik Melayu. Penerbitan buku ini juga diharapkan agar dapat memupuk kefahaman bersama dan semangat perpaduan melalui terhadap kepelbagaian budaya tradisi salah satu kelompok etnik di pantai timur Sabah.


Kredit kepada
http://persatuankebajikanbugissabah.blogspot.com/

Bugis Of Borneo

There are Bugis in Borneo.

In Sabah, Brunei, Labuan, Sarawak and Indonesian Borneo.

They have intermarried with the Murut, Kadazan, Kelabit and Bajau people in Sabah, Labuan and Brunei as well as the Berunai and Bidayuh people in Sarawak and Indonesian Borneo.

There are also Javanese in Borneo.

They have intermarried with the Murut, Kadazan, Kelabit and Bajau people in Sabah, Labuan and Brunei as well as the Berunai and Melanau people in Sarawak and Indonesian Borneo.

Indonesian Borneo was formerly the Sultanate (Kingdom) of Banjarmasin, ruled by a branch of the very ancient royal house of Brunei.

Bugis are from the Bidayuhs while Javanese are from the Melanaus.

Bugis are also from the Batam Aboriginal Malays of Batam in the Riau Islands while Javanese are also from the Kuala Aboriginal Malays of Batu Pahat in Johor.

Sumber: http://malaysiana1.blogspot.com/2009/10/bugis-of-borneo.html

Suku Kaum Bugis Sabah


Pakaian tradisional suku kaum Bugis.

Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.

Pada dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi aspek budaya, suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai 'Bahasa Ugi' dan mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil ‘aksara’ Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia.


Aksara Bugis.

Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.

Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.

Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.

Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.


Di antara tarian-tarian suku kaum Bugis.

Konsep siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan dengan kata-kata suku kaum Bugis antara lainnya :

- "...aja mumae’lo nabe’tta taue’ makkalla ‘ ricappa’na lete’ngnge…”.

Maksud terjemahannya : Janganlah engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung titian ( Janganlah engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki ).

- "...naia riasengage’ to warrani maperengnge’ nare’kko moloio roppo-roppo ri laommu, rewe’ko paimeng sappa laleng molai…”.

Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan, Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.

Dipetik dari Kertas Projek Penyelidikan "Penglibatan Politik Suku Kaum Bugis Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau" oleh Nordin Bula.

Sumber: http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/twu/tawau/bugis.htm

Ucapan Ketua Menteri Sabah Di Mesyuarat Agung PKBS 2007


UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH PADA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KEBAJIKAN BUGIS SABAH DI DEWAN MASYARAKAT TAWAU PADA 24 JUN 2007

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana berkat hidayah dan izinNya, kita dapat bersama-sama dalam majlis ini sempena Mesyuarat Agung Persatuan Kebudayaan Bugis Sabah, pada hari ini.

Saya sedar, masyarakat Bugis adalah salah satu rumpun Melayu yang memiliki nilai-nilai kebudayaan dan peradaban tersendiri, yang telah wujud dan terjalin sekian lama. Di Sabah masyarakat ini telah wujud sejak lebih seabad yang lampau, dan telah memberi sumbangan yang amat besar dalam pembangunan negeri Sabah.

Salah satu kekuatan negeri dan Negara kita, ialah kepelbagaian kita. Ini merupakan satu khazanah dan aset terpenting negeri Sabah. Justeru itu, saya menyeru seluruh masyarakat, khususnya komuniti Bugis yang terkenal berpegang teguh kepad adat istiadat mereka, supaya senantiasa memelihara semangat kepelbagaian ini, dengan hikmah dan bijaksana.

Setiap suku kaum mempunyai nilai-nilai tradisi dan budaya yang tersendiri. Oleh itu, penampilan nilai-nilai tradisi dan budaya satu-satu suku kaum, haruslah dipupuk dan dibina dengan berteraskan kepada lunas-lunas yang telah digariskan dalam dasar kebudayaan kebangsaan kita yang berlandaskan kepada semangat kekeluargaan sebagai satu rumpun.

Suku bangsa Bugis, adalah salah satu suku kaum yang telah bermastatiun di negeri Sabah sejak seabad yang lampau dan sesungguhnya, telah memberi sumbangan yang amat besar