SEBAHAGIAN  daripada ahli keluarga  keturunan Bugis 'Anok Branok Daik' yang bermastautin dan di luar  Terengganu berhimpun di Muzium Negeri Terengganu, kelmarin. 
KUALA TERENGGANU 24 Sept. - Personaliti terkenal TV3 kelahiran negeri  ini, Ally Iskandar Mardzi turut tidak melepaskan peluang memeriahkan  program perhimpunan keluarga 'Anok Branok Daik' sempena sambutan  Aidilfitri di Muzium Negeri di sini semalam.
Lebih 200 ahli keluarga itu daripada susur galur keturunan Bugis  berhimpun di situ sepanjang empat jam program itu berlangsung bermula  pukul 2 petang.
Pengerusi Anok Branok Daik, Mardzi Mohd. Ali berkata, program itu  merupakan kali kedua diadakan selepas tahun 2007 dan ia berjaya  mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.
Katanya, menerusi perhimpunan itu, kesemua yang hadir turut  berkesempatan menjalin semula hubungan kekeluargaan walaupun kebanyakan  ahli keluarga 'Anok Branok Daik' kini bermastautin di luar Terengganu.
"Pertemuan kali ini lebih mendapat sambutan menggalakkan berbanding  program serupa pada dua tahun lalu," katanya yang juga bapa kepada Ally  Iskandar ketika ditemui pada majlis itu.
Menurutnya, beliau yakin keluarga itu mempunyai keahlian yang lebih ramai dan usaha untuk menjejaki mereka masih dilakukan.
Mardzi menambah, keturunan keluarga itu berasal dari Kepulauan  Ringga, salah sebuah pulau yang terbesar di Kepulauan Riau, Indonesia.
