SEJARAH hubungan dua hala Malaysia-Indonesia memang terlalu erat, biar pernah menghadapi saat paling getir pada 1960-an apabila Presiden Sukarno melancarkan konfrontasi kerana membantah penubuhan Malaysia.
Hubungan diplomatik kedua-dua negara dipulihkan semula selepas konfrontasi tamat dan amat jelas kesungguhan antara pemimpin kedua-dua negara untuk memantapkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala sejak dulu hingga sekarang.
Malaysia dan Indonesia dianggap sahabat baik dalam Asean oleh negara anggota lain kerana kedua-dua negara sentiasa prihatin terhadap sensitiviti masing-masing dalam mengendalikan hubungan mereka.
Hubungan peribadi yang baik di kalangan pemimpin kedua-dua negara, membolehkan banyak konflik dan masalah dua hala diselesaikan secara baik selepas konfrontasi sehingga sekarang.
Bukan saja pada peringkat tertinggi antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, hubungan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, tidak kurang intimnya.
Undangan khas yang dibuat Naib Presiden itu kepada Najib untuk merasmikan Pertemuan Saudagar Bugis-Makassar VII di Makassar, Sulawesi Selatan hari ini, satu lagi bukti eratnya hubungan bukan saja antara Najib-Jusuf, malah melambangkan keakraban hubungan Malaysia-Indonesia.
Najib menganggap ia satu penghormatan dan turut mengakui susur galur keturunannya juga ada campuran ‘darah Bugis’. Jusuf pula kelahiran Bugis, Makassar dan mempunyai keluarga di Malaysia.
Tidak hairan Jusuf yang ditemani isteri, Mufidah turut mengambil peluang menjejakkan kaki ke Tampok, Benut, Pontian, Johor ketika melawat Malaysia awal Mei lalu untuk menziarahi kaum keluarganya yang kali terakhir diziarahi 25 tahun lalu.
Kedatangan Jusuf atas jemputan Najib mendapat sambutan kira-kira 3,000 masyarakat Bugis di Pontian. Naib Presiden itu bangga kerana dapat berjumpa masyarakat Bugis di Malaysia, biar pun mereka datang dari tempat berbeza iaitu Makassar, Sulawesi dan Pontian, namun budaya serta keturunan mereka tidak boleh dipisahkan.
Jusuf diberi penghormatan menghadiri Perhimpunan Serumpun Sebudaya anjuran Kerajaan Johor dengan kerjasama Persatuan Bugis Johor ketika lawatannya Mei lalu. Kebetulan, selain Najib; Sultan Johor; Tan Sri Musa Hitam dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, juga berketurunan Bugis. Hubungan adik beradik dan serumpun sebudaya sudah lama wujud antara Malaysia-Indonesia.
Tidak hairan apa juga pergeseran yang berlaku antara dua negara dan isu dua hala yang berbangkit, dianggap perkara biasa dalam hubungan adik beradik dan sentiasa diusahakan penyelesaiannya secara rundingan serta diplomatik.
Kini tiba giliran Najib diberi penghormatan bukan saja menghadiri, malah merasmikan perhimpunan terbesar saudagar Bugis di Makassar. Lebih 500 orang Bugis dari seluruh dunia, malah sejauh Afrika Selatan dan seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia datang ke Makassar sejak dua hari lalu untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.
Makassar yang pernah dikenali sebagai Ujung Pandang antara 1971 hingga 1999, adalah ibu negeri wilayah Sulawesi Selatan dan bandar terbesar di Pulau Sulawesi dengan keluasan 175.77 kilometer persegi.
Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi yang kini mempunyai tiga juta penduduk, mendiami hampir semua kawasan Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian mereka berpindah dan kini sudah bercampur suku lain di Malaysia dan Sumatera.
Etnik Bugis yang beragama Islam terkenal dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan dalam ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan berani, lanun (aka Bajak Laut) yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan kebudayaan dan ekonomi mereka adalah Makassar yang turut menjadi tempat pertemuan saudagar Bugis.
Bugis memainkan peranan penting dalam sejarah Tanah Melayu, bermula daripada Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui pemerintah Johor Riau Lingga ketika itu, Raja Kechil, sehingga menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahari Husain meminta bantuan Raja Bugis menumpaskan Raja Kechil.
Bermula dari sinilah, campur tangan Bugis di Tanah Melayu, malah anak Daeng Chelak, Raja Lumu dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama. Hakikatnya, hubungan intim juga sedia terjalin antara Makassar dengan Malaysia khususnya Johor. Kaitan antara orang Makassar dengan Johor sebenarnya sudah lama wujud iaitu sejak pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
Penggiat sastera mahu melihat hubungan sastera budaya Malaysia dan Makassar dipertingkatkan. Mereka mahu melihat bertaut kembali hubungan Melayu-Makassar yang diasaskan kepada sejarah pembabitan orang Bugis dalam Kerajaan Melayu Johor-Riau.
Hubungan serumpun sebudaya yang begitu panjang antara Malaysia-Indonesia harus sentiasa kita pegang dan pertahankan. Jika ada masalah, ia tidak harus dilihat pada titik masalah itu saja dan ketika ia berlaku, namun perlu juga dilihat sejarah hubungan lama antara dua negara yang selama ini dapat menyelesaikan masalah secara bersaudara, dalam satu keluarga.
Selain menunaikan penghormatan untuk merasmikan Pertemuan Saudagar Bugis-Makassar VII, Najib turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Jusuf hari ini bagi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan yang sedia terjalin pada peringkat pemimpin dan antara dua negara.

Kredit kepada: http://tuneman.multiply.com/