Buku bahasa Cina beri motivasi kepada pelajar Bugis hingga berjaya

Story by Ng Jia Xiang and Wendy Radin
Pictures by Flanegan Bainon

<i>Andi Tamsang</i>Andi Tamsang
 
Andi Tamsang Andi Kele, 24, menonjol di antara lima graduan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menang pingat emas hasil kecemerlangan akademik mereka. Sebagai wakil, dia bercakap kepada mereka dalam bahasa Mandarin dengan berterima kasih kepada guru-guru atas pencapaian mereka di universti yang mengajar dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Tamsang datang daripada kaum Bugis. Rakan pelajarnya yang lain adalah etnik Cina. Namun, buku-buku dalam bahasa Cinalah yang mendorongnya hingga berjaya.

Tamsang turut mendapat anugerah pelajaran diraja kerana menjadi pelajar terbaik dalam kelas pengurusan perhotelan. Dia adalah anak sulung daripada dua beradik anak pekerja ladang, Andi Kele Sangiang, 60, dan Patmawati Kadiri, 59, kedua-duanya bekerja dan tinggal di Felda di Lahad Datu.

Dia fasih berbahasa Mandarin selepas menghabiskan masa enam tahun di sekolah rendah Cina, SRJK (C) Siew Ching di kampungnya. Dia juga boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol selain bahasa ibundanya. Dia belajar bahasa Sepanyol sebab UMS memerlukan pelajarnya belajar satu bahasa asing.

Tamsang berkata, buku kegemarannya ialah tulisan penulis dari Taiwan, Wu Dan Ru bertajuk “Time management is the key to success". Dua lagi buku Wu yang disukainya ialah “The human touch to success” dan “Useful intelligence.”

Dia meminati bahasa Mandarin. Katanya, dia membaca buku-buku, akhbar dan majalah dalam bahasa Cina selain menulis dalam bahasa itu selalu supaya "saya tidak lupa apa yang telah saya belajar."

Ibunya terharu hingga mengalirkan air mata pada hari konvokesyennya pada 9 Oktober. "Saya sangat bangga kepadanya dan saya tidak menyesal menghantarnya ke sekolah Cina," kata Patmawati.

Tamsang melanjutkan pengajian dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam industri hospitaliti. Dia mahu menjadi pensyarah pada akhir kursusnya yang mengambil masa 18 bulan itu.

Yong Khang Choong, 24, yang tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrikal menang pingat emas alumni. Dia hampir berhenti belajar separuh jalan kerana merindui kampung halaman dan teman wanitanya. Keluarganya tinggal di Puchong di Selangor.
"Emosi saya rasa tertekan," katanya. "Tetapi saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya. Mereka berikan sokongan dan menggalakkan saya untuk meneruskan pengajian."

Rebecca Sylvia Pang, 24, menang anugerah pengajian diraja dalam perakaunan. Benjamin Ng Han Sim, 26, menerima emas canselor bagi perubatan manakala Lennon Kaw Weng, 24, menerima emas naib canselor untuk kejuruteraan elektrikal dan elektronik. Mereka adalah antara 4,615 graduan.

Sejak 1998, seramai 32,447 pelajar sudah tamat pengajian dari UMS. Ketua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah yang juga cancelor dan Ketua Menteri Datuk Musa Aman pro-canselor menyerahkan gulungan ijazah itu kepada graduan. – Insight Sabah