Rakyat Sedia Terima Presiden Bukan Jawa

Rakyat sedia terima presiden bukan Jawa  
Jusuf (kanan) bersama bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri ketika menunjukkan dokumen Perjanjian Dua Tokoh yang ditandatangani pada Mac 2009.

Jakarta: Bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla, percaya rakyat negara itu bersedia melantik presiden yang bukan berketurunan Jawa, ketika latar belakang etnik ahli politik tidak begitu diberi perhatian pada peringkat kebangsaan.

Ketika ditemubual akhbar The Straits Times kelmarin, beliau berkata penduduk Jakarta menerima timbalan gabenor daripada etnik China, apabila melantik gabenor baru, Joko Widodo dan timbalannya, Basuki Tjahaja Purnama, tahun lalu.

Walaupun kesediaan itu mungkin mengambil masa lebih panjang untuk bertukar di kalangan penduduk luar kota raya itu, Jusuf, 70, yang berketurunan Bugis dari Makasar, berpendapat cuma 30 peratus penduduk mahukan presiden berketurunan Jawa, kumpulan etnik terbesar negara itu.


Amerika Syarikat memerlukan kira-kira 250 tahun untuk menerima presiden kulit hitam, 200 tahun bermazhab Katolik. Saya yakin kita sudah bersedia menerima presiden bukan berketurunan Jawa. Saya tidak rasa kita perlukan lagi 70 tahun.

Tiga daripada lima anak saya mengahwini pasangan berketurunan Jawa. Isteri saya dari Padang. Ia bukan perkara penting lagi kerana kita semua rakyat Indonesia. Mentua presiden dari Sumatera, katanya.

Rakyat Indonesia akan melantik presiden tahun depan dan meraikan ulang tahun ke-70 kemerdekaan pada tahun 2015, manakala Jusuf ialah salah seorang rakyat bukan Jawa yang bertanding sebagai presiden.

Beliau dijadualkan bercakap di Singapura hari ini mengenai cabaran yang dihadapi rantau itu. Jusuf juga bakal menjadi satu-satunya calon dilahirkan sebelum merdeka berkata usia bukan satu isu.

Anda sudah kurang mendengar pemimpin mesti di kalangan orang muda. Ia lebih kepada rekod dan penampilan serta karektor, katanya.

Beliau juga mengambil tahu mengenai perkembangan perkara itu sebagai pengerusi Palang Merah Indonesia dan Majlis Masjid Indonesia, menjelajah seluruh negara mentadbir bantuan kemanusiaan dan bercakap kepada penuntut dan penduduk.

AGENSI