TAWAU, 5 Okt (Bernama) -- Masyarakat Melayu keturunan Bugis di Sabah diminta melipat gandakan usaha termasuk sumbangan pemikiran bagi membantu negara merealisasikan gagasan 1Malaysia.
Presiden Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) Datuk Osman Jamal berkata sebagai rakyat negara ini masyarakat berkenaan tidak terkecuali daripada tanggungjawab membangunkan negara.
Katanya masyarakat Bugis tidak harus taksub kepada semangat kesukuan sebaliknya perlu berganding bahu bersama suku kaum lain membangunkan negara selaras dengan wawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dalam usaha untuk membantu kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju masyarakat Melayu keturunan Bugis harus melengkapkan diri dengan pendidikan, agama dan ekonomi," katanya pada majlis Ramah-Tamah sempena Sambutan Aidilfitri cawangan Tawau di sini malam Isnin.
Menurutnya penguasaan pendidikan kepada generasi muda mesti diberi penekanan bagi memastikan kaum berkenaan tidak ketinggalan sebaliknya mampu bergerak ke hadapan bersama program transformasi yang diperkenalkan kerajaan.
Mengenai usaha membangunkan ekonomi masyarakat Bugis, Osman berkata PKBS akan mengadakan beberapa siri seminar bertujuan meningkatkan taraf ekonomi di kalangan anggotanya.
Katanya peningkatan taraf ekonomi masyarakat berkenaan secara tidak langsung membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi rakyat di negeri Sabah.

Kredit kepada: http://www.bernama.com/