Berjasakah Tun Datu Musthapa Datu Harun Kepada Silat Gayong???


Dalam keseronokan menelusuri sejarah Bugis di kepulauan Nusantara terutamanya perwatakan yang ada dalam masyarakat melayu nusantara, penulis sempat menelusuri salah satu cabang budaya bangsa iaitu seni silat.


Tak dinafikan bahwa apabila kita berbicara tentang persilatan melayu nusantara adalah mustahil untuk melepaskan sejarah penubuhan Persatuan Seni Silat Gayong yang diasaskan oleh Dato' Meor Abdul Rahman.

Berdasarkan catitan sejarah kronologi Dato Meor Abdul Rahman, beliau adalah berketurunan Daeng Kuning dan berayahkan Daeng Uda Hashim.

Berdasarkan kronologi itu juga disebutkan bahwa Dato' Mahaguru telah melawat Sabah pada tahun 1974. Semasa lawatan tersebut beliau telah berjumpa dengan Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ketika itu adalah Ketua Menteri Sabah. Tun Mustapha telah dilantik oleh Dato' Mahaguru sebagai Imam Khalifah Seni Silat Gayong Bagi Negara-Negara Islam.

Sementara itu pada Mac 1975, beliau telah melawat Tun Abdul Razak berbangsa Bugis yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan melantiknya sebagai Timbalan Imam Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantaunya.

Berdasarkan kronologi ini secara sekilas dapat disimpulkan bahwa penghormatan Mahaguru Dato' Meor tertinggi diberikan kepada Tun Datu Mustapha (Ketua Menteri Sabah) berbanding Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia).

Argumentasinya adalah:
Mengapa Tun Datu Mustapha dilantik sebagai Imam Khalifah Seni Silat Gayong Negara-Negara Islam sedang Tun Abdul Razak hanya sebagai Timbalan Khalifah Seni Silat Gayong Malaysia dan Serantaunya. Dari segi jawatan Tun Abdul Razak pada masa itu adalah Perdana Menteri Malaysia (1974-1976) sedang Tun Mustapha hanya Ketua Menteri Sabah(1967-1975). Seperti yang diketahui dari segi pertalian asal-usul keturunan Tun Abdul Razak adalah berbangsa Bugis dan Tun Datu Mustapha berbangsa "bajau/suluk???". Mungkin ada link yang tak tersambung dalam sejarah yang masih diangggap terlalu muda ini.. Mungkin saja terdapat keterkaitan ilmu antara mahaguru Dato'Meor Abdul Rahman dengan Tun Datu Mustapha sehingga penghormatan yang begitu tinggi diberikan terhadap Tun Mustapha. 
Seandainya demikian dimanakah dan dari siapakah Tun Mustapha mempelajari Seni Silat Gayong???.. Seandainya Tun Mustapha berketurunan Bajau/Suluk mengapa dikalangan penduduk bajau/suluk di Sabah tidak ada yang mewarisi ilmu seni silat gayong atau serupanya pada masa kini???. Mungkinkah penulis terlepas pandang... Atau kita semua terlepas pandang. Sejarah akan meninggalkan jejak yang boleh kita telusuri. Penulis menjemput para pencinta silat dari Nusantara menjejak persaudaraan melalui budaya bangsa. Pandangan dan pendapat anda amatlah dialu-alukan.